kelebihan surah Al-Mulk

assalamualaikum

lagi sehari tahun 2011 nak melabuhkan tirai,
lagi sehari tahun 2012 nak menjengah
*kenape ayat perlu ikut buku teks.HAHA


akma sure mesti korang-korang rajin bace al-Quran kan setiap hari

meh sini,akma nak share ape kelebihan kalau kite amalkan bacean surah al-Mulk

dalam hadis Abu Hurairah:
"sesungguhnya didalam al-Quran itu,ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaatkan bagi lelaki yang membacanya. maka selagi mana lelaki itu membacanya,selagi itu pula ia meminta ampun padanya.surah itu adalah surah al-Mulk
*tengok keistimewaan lelaki

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur"

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"aku sungguh gembira,gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis didalam hatinya"

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"barangsiapa yang membaca surah al-Mulk setiap malam,diselamatkannya dari azab kubur"

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"sesiapa yang membaca surah al-Mulk pada mana-mana malamnescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti soal jawab dengan mungkar nangkir"

ulama berkata:
"sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah as-Sajaddah dan surah al-Mulk"

ulama berkata:
"sesungguhnya surah al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab.ia akan bersoal jawab pada hari kiamat dihadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka"

Saiyidina Ali berkata:
"barangsiapa yang mengamalkan surah al-Mulk,nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi yusuf"

ulama berkata:
"sesungguhnya surah yassin dan surah al-Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. barangsiapa yang mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan mahkluk"

masyaALLAH,banyakkan kelebihan kalau bace surah al-Mulk ;)
*yang ni baru sikit kengkawan,banyak lagi







suke, LIKE and COMMENT

No comments:

Post a Comment