Al-Fatiha untuk Iman kita


Salam Alaik.
Bagaimana iman kita hari ini?

Hari ini, kita boleh lagi suka-suka, pergi kelas,balik kelas. makan-makan dengan sahabat-sahabat, pergi main bola, main frisbee,main bola jaring, pergi shopping mall. Lepak-lepak dengan keluarga, hangout dengan kawan-kawan lama,pergi kenduri kawan

Tapi,
Bila sampai satu masa,
Kaki kita dah kaku dah tak boleh pergi mana-mana,
Tangan kita jadi lemah, dah tak boleh nak tadah,
Mata kita makin kabur,
Kita jadi "khayal" dengan dunia kita,

Time tu,
Apa yang kita boleh buat untuk agama?
Apa yang kita boleh bantu ummah?

Hatta nak tadah tangan mohon doa pun payah,
Bangun wahai insan...

Nepal baru sahaja terima gempa bumi,
Rohingya tidak ketahuan,
Palestine tidak henti di serang
Syria masih bermandi darah..

KITA??
Masih gelak,
Masih suka,
Masih ALPA ddengan duniawi,
Saban hari zina makin berleluasa,
Kes pembuangan bayi ada di mana-mana

Sedihnya 
Allahurabbi!
Allah beri kita macam-macam peringatan.
Tapi kita masih kita.
Masih lagi mengganggap,
"Dunia ini aku yang punya."
"Well, lambat lagi nak di cabut nyawa."
"Ramai lagi yang berjuang demi agama."

Jika begini sikap kita,
Cuba tanya diri,
Siapa Tuhan?
Siapa hamba?

Tak malu ke?
Time susah meminta,
Time senang lupa pada si Dia.

Lupa untuk bangunkan AgamaNya.

TAK MALU?
Tepuk dada,
Tanya diri.
Tepuk Bahu.
Tanya Nafsu.
Tepuk Tangan.
Tanya Iman.

Al- Fatihah buat iman yang layu.

Jazzakallahu khairan khatira sudi membaca


suke, LIKE and COMMENT